Wednesday, September 8, 2010

Program Sambutan Aidilfitri 1431H Masjid Jamek Tasek Gelugor

Untuk makluman seluruh ahli Qaryah Masjid Jamek Tasek Gelugor, solat sunat Aidilfitri akan dilaksanakan pada hari Jumaat 10 September 2010 pada jam 8.40 pagi. Solat sunat Aidilfitri ini akan diimamkan oleh Ustaz Nazeri Jusoh.Sementara khutbah Aidilfitri akan disampaikan oleh Khatib Ustaz Haji Anuar Musa. Setelah selesai Solat dan Khutbah, akan diadakan program Salam Mahabbah Anak Perantau, Pelancaran Semula Dana Masjid Baru, Anugerah Jasa dikenang dan diakhiri dengan jamuan Aidilfitri. Ustaz Rahman Idris akan bertindak sebagai Khatib dan Imam solat Jumaat pada hari tersebut.

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Datang


Pihak pengurusan Masjid Jamek Tasek Gelugor Mengalu-alukan kedatangan pelawat Blog ini.

Pihak pengurusan masjid juga telah berjaya menerbitkan sebuah buletin bulanan masjid yang diberi nama Gema Masjid. keluaran pertama telah berjaya diterbitkan pada awal ramadan ini. insyaAllah keluaran seterusnya akan diterbitkan pada awal syawal ini.

Monday, August 23, 2010

Peranan Masjid

Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah "Institusi Masjid", maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah .Institusi Masjid haruslah mempunyai  peranan utama , antara lain:
  1. PUSAT PEMBANGUNAN ISLAM
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan dan pembangunan Islam, di mana segala-galanya bermula dan berkembang dari masjid.
  2. MASJID SEBAGAI LAMBANG KEAGONGAN ISLAM
    Sebagai lambang kesyumulan Islam, makan setiap projek bandar baru, kawasan perumahan, perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama, maka kawasan itu haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai orang Islam bertumpu ke tempat itu.
  3. PUSAT PERCAMBAHAN ILMU
    Institusi Masjid haruslah dijadikan tempat percambahan ilmu, dimana masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah.Begitu juga buku mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan masjid.Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah sekiranya pemimpin masjid itu sanggup meminta dari badan-badan tertentu seperti Dewan bahasa dan pustaka, syarikat percetakan dan sebagainya.Selain dari itu, Jawatankuasa Kariah juga boleh memohon derma dalam bentuk buku daripada penduduk mukim atau daerah berkenaan.
  4. PUSAT TAMADUN ISLAM
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam, maka roh Islam di zaman kegemilangan dan keagongan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi terkemudian.masjid haruslah mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk melambangkan keagongan, kemegahan tamadun Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian Ilmu Perubatan, sains, Astronomi, matematik, falsafah dan sebagainya.Justeru itu haruslah dipamerkan gambar-gambar dan sejarah hidup Ibnu Sina, Al-jabir, Imam Ghazali dan sebagainya.
  5. PUSAT PERCAMBAHAN FIKIRAN
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal.
  6. RUMAH SUCI
    Institusi Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak.
  7. PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT SUCI
    Institusi Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci. Rakan Masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi Imam yang boleh memperdengarkan suara mereka. Kalaulah Imam dapat berundur dalam sehari untuk memberi laluan kepada mereka yang berbakat untuk menjadi Imam, kemudian Imam boleh menegur mereka yang membuat kesilapan dalam membaca terutama dalam Tajwid.Amatlah bertepatan dengan konsep Institusi Masjid sebagai penjaga bacaan ayat-ayat suci.
  8. PUSAT BELAJAR AL-QURAN DAN TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN)
    Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran .Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.
  9. PUSAT PENDIDIKAN
    Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana anak-anak serta keluarga dapat dididik di masjid.Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu.
  10. PUSAT PENGISIAN JIWA
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam ertikata yang luas:Pusat Pengisian Kemerdekaan, Pusat Pengisian Rohani, Pusat Pengisian Ilmu dan sebagainya.
  11. PUSAT PENGUKUHAN IMAN DAN TAQWA
    Institusi Masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan taqwa serta pusat pengukuhan rohani.
  12. PUSAT PELENGKAP
    Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah dan kemudiannya di sekolah.Institusi Masjid bolehlaH dijadikan pusat pelengkap adab, sopan-santun dan sebagainya.Dengan kata lain,Institusi Masjid bolehlah dijadikan "finishing school".
  13. PUSAT SANTAPAN ROHANI
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi penduduk mukim dan daerah, sekurang-kurangnya buat permulaan.Masjid daerah haruslah d reka dapat menghayati kesucian Islam.
  14. PUSAT EKONOMI
    Masjid haruslah terletak di dalam satu kawasan yang luas, di mana di sekelilingnya hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan sosial.Kedai adalah merupakan aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh Islam.Oleh itu, masjid haruslah mempunyai kedai atau bazar yang menjual beraneka keperluan masyarakat.Selain dari itu, kedai cenderamata yang menjual artifak yang ada hubungannya dengan mukim.
  15. PUSAT PENGGEDARAN PRODUK DAERAH
    Kerajaan Negeri Kedah telah telah memperkenalkan setiap daerah hendaklah mengeluarkan satu produk.Institusi masjid haruslah dijadikan salah satu tempat untuk mempromosikan barang-barang yang dikeluarkan dalam daerah tersebut sebagai satu ibadat.Dengan cara itu, rezeki penduduk akan bertambah.Insya-Allah.
  16. MASJID SEBAGAI TAMAN
    Masjid haruslah mempunyai kawasan lapang di sekeliling dan dipenihi dengan kawasn hijau untuk membolehkan para jemaah mendapat udara yang bersih sebelum atau selepas sembahyang.Konsep itu belum nampak dilakukan di Kedah mungkin kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak di kawasan sempit.Tetapi sekiranya masjid baru hendak dibina , maka kawasan tempat masjid itu dibina hendak dibina hendaklah mempunyai pandangan yang cukup cantik dan dihiasi pula dengan taman yang indah.